Thursday, November 4, 2010

Ayam Masak Kacang Gajus

Bahan-Bahan:
  • 2 tangkai cili kering
  • 3 sudu minyak masak
  • 3 ulas bawang putih
  • 500 gram ayam yang dihiris
  • 3 sudu stok ayam
  • 75 gram lada sulah
  • 150 gram cili merah dihiris
  • 150 gram lobak merah dipotong panjang
  • 1 biji bawang dihiris
  • 2 sudu sos tiram
  • 1 sudu kicap cair
  • 5 gram daun bawang dihiris
  • 75 gram gajus (digoreng tanpa minyak)



CARA MEMBUAT:
  • Panaskan minyak dalam kuali dan goreng cili seketika dan angkat.
  • Masukkan bawang dan biarkan sehingga kenuning-kuningan.
  • Kemudian, masukkan ayam dan tambahkan stok ayam. Kacau hingga sebati dan pastikan ayam itu sudah masak.
  • Tambah cili merah, lobak merah, bawang, sos tiram, kicap dan biarkan masak selama 1 hingga 2 minit.
  • Akhir sekali, tambahkan daun bawang, cili dan gajus. Tuang sedikir lada sulah ke atasnya. Sedia dihidangkan.

Monday, June 14, 2010

Sambal Goreng Jawa


BAHAN-BAHAN A:

  • 5 keping tauhu
  • 8 keping tempe
  • 5 biji ubu kentang
Kesemua bahan-bahan tersebut dipotong dadu dan digoreng tiga suku masak.

BAHAN-BAHAN B:

  • 1 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • Sedikit belacan
  • 2 sudu cili boh
  • Sedikit gula
  • Sedikit garam
  • 2 gelas santan pekat
CARA MEMBUATNYA
  1. Gaul kesemua bahan B dan ditumis sehingga naik bau.
  2. Masukkan santan dan kacau sehingga mendidih
  3. Kemudian masukkan bahan A, kacau hingga rata dan biarkan selama 5 minit.
Kemudian puan-puan bolehlah angkat dan hidangkan untuk keluarga atau kawan2.

Selamat mencuba.

Sunday, March 22, 2009

Apple Strudel




















BAHAN-BAHAN:
  • 500 gm puff pastry (fillo pastry)
  • 500 gm inti epal segera
  • 100 ml sirap gula
  • 1 biji telur (diambil putihnya)
CARA MEMBUATNYA:
  1. Sapukan putih telur pada lapisan fillo pastry.
  2. Letakkan inti epal segera ke atas lapisan fillo pastry, kemudian gulung.
  3. Pastikan bahagian hujung melekat supaya tidak terbuka.
  4. Bakar pada suhu 200 darjah Celsius sehingga garing dan warna kuning keemasan.
  5. Sapukan sirap gula di atas strudel yang telah siap dibakar supaya nampak berkilat.
  6. Sedia dihiaskan dan dihidangkan mengikut cita rasa anda.

Friday, March 20, 2009

Krim Karamel


BAHAN-BAHAN UNTUK PUDING:
  • 700ml susu penuh krim
  • 1 cawan gula
  • Sedikit esen vanila
  • 1 sudu makan tepung kastard
  • 7 biji telur
BAHAN-BAHAN UNTUK GULA HANGUS:
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1/4 cawan air
CARA MEMBUATNYA:
  1. Sediakan periuk pengukus.
  2. Untuk buat gula hangus, satu bahan-bahan itu ke dalam loyang bulat. Masak dengan api paling perlahan. Biar gula hancur dan menjadi keemasan. Angkat dan biarkan kira-kira satu minit atau hingga gula hangus itu sejuk.
  3. Satukan pula bahan-bahan di atas dan gaulkan ia (jangan dipukul) sehingga gula hancur kemudian tapis adunan. Pastikan adunan tidak berbuih-buih. Masukkan ke dalam loyang yang telah ada gula hangus tadi.
  4. Kemudian kukus antara 15 hingga 20 minit. Sejukkan dan sedia untuk dihidangkan.

Sunday, February 22, 2009

Kueh Lapis


BAHAN-BAHAN:
  • Santan - diambil putihnya sahaja.
  • 500 gram tepung beras.
  • 500 gram tepung gandum.
  • 120 gram tepung ubi.
  • 150 gram gula.
  • 1 sudu makan pewarna merah.
  • 1 sudu makan pewarna merah jambu.
  • Sedikit garam.
CARA-CARA MEMBUATNYA:
  1. Campurkan bersama kesemua tepung.
  2. Masukkan gula dan garam. Kacau bagi rata.
  3. Masukkan santan dan kacau perlahan-lahan. Tapis.
  4. Bahagikan kepada dua bahagian dengan pewarna merah dan merah jambu.
  5. Kukus lapisan pertama dan masukkan selapis demi selapis setiap 5 minit sekali.

Friday, January 23, 2009

Ketam Goreng Lembut


BAHAN-BAHAN:
  • 2 ekor ketam
  • 1 sudu makan tepung beras
  • 1 sudu makan tepung gandum
  • 3 helai daun limau purut
  • 5 biji cili padi (dipotong kecil)
  • 2 biji cili merah (dipotong kecil)
  • 1 biji telor
  • 1 sudu makan mentega
  • 2 cawan minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMBUAT:
  1. Gaulkan tepung gandum dan tepung beras dengan ketam lembut. Kemudian gorengkan ketam tetapi jangan terlalu garing. Angkat dan tos kemudian ketepikan.
  2. Masukkan mentega ke dalam kuali. Kemudian tumiskan cili merah, cili padi dan telur. Akhir sekali masukkan daun limau purut. Tuangkan di atas ketam lembut yang telah siap digoreng. Kemudian bolehlah puan-puan hidangkan untuk santapan sekeluarga. Selamat mencuba.

Thursday, January 8, 2009

Bebola Madu


BAHAN-BAHAN:

  • 2 sudu makan bebola madu (Honey Ball)
  • 2 sudu makan sagu
  • 2 sudu makan air kelapa muda
  • 2 sudu makan santan kelapa
  • 1 inci gula Melaka yang telah dicairkan
  • 1 mangkuk ais yang dikisar
CARA MEMBUAT:

Masukkan ais yang telah dikisar ke dalam mangkuk. Kemudian masukkan bebola madu, sagu. air kelapa muda dan gula Melaka.

Setelah itu bolehlah dihidangkan untuk dinikmati.

Selamat mencuba.